Wednesday 4 May 2011

QAZAF !!!!

Pengertiannya ialah melimparkan tuduhan zina kepada orang yang
baik lagi suci atau menafikan keturunanya.
PEMBAHAGIAN QAZAF
1.) Qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman hudud,
seperti seseorang menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa
mengemukakan empat saksi lelaki yang adil.
2.) Qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman takzir
seperti seseorang menuduh seseorang yang lain kufur, mencuri, minum
arakatau murtad dan sebagainya, termasuk mencaci, memaki dan
lain-lainnya yang boleh menjatuhkah marwah seseorang dan menghinanya.
Menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan
empat orang saksi lelaki yang adil hukumnya adalahharam dan termasuk
dalam dosa besardan wajib dikenakan hukuman had Qazaf (sebat) sebanyak
80 kali sebat, dan tidak boleh diterima penyaksiannya selama-lamanya
kerana dia adalah orang fasiq. Sebagaimana Firman Allah Taala yang
bermaksud:
"Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada
perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka
tidak membawa empat orang saksi. Maka sebatlah mereka 80 kali sebat,
dan janganlah kamu terima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana
mereka itu adalah orang yang fasiq".
(Surah An- Nur ayat 4)
PENUDUH YANG BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN QAZAF
1. Berakal
2. Baligh
3. Kemahuan sendiri tidak dipaksa
4. Mengetahui haramnya Qazaf
5. Bukan ibu bapa dan datuk ke atas kepada orang yang dituduh.
Jika orang yang menuduh itu gila atau kanak-kanak yang belum
baligh, tidak boleh dikenakan hukuman had Qazaf keatas mereka. Ini
sebagaimana berdasarkan kepada hadith Rasulullah s.a.w. yang
diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud

No comments:

Post a Comment