Wednesday 4 May 2011

TAHUKAH ANDA!!! Perbezaan Khalwat dan Ikhtilat.....


Dalam pergaulan lelaki dan wanita mengikut Islam.. ada dua istilah yang nampak serupa tetapi tak sama.. iaitu konsep KHALWAT dan konsep IKHTILAT..
KHALWAT adalah berasal dari kata asal Khalaa-Yakhluu-Khalwah.. yang bermaksud menyendiri atau pun bersendirian.. Secara istilah, khalwat digunakan untuk hubungan antara dua orang di mana mereka menyepi dari pengetahuan atau campur tangan pihak lain, kecuali hanya mereka berdua.
Orang yang menyendiri di waktu malam dan bersolat malam juga dipanggil berkhalwat yakni dengan Allah swt.. Dalam hubungan pergaulan antara lelaki dan perempuan, ketika mereka asyik dengan urusan mereka berdua saja, atau berbicara hanya empat mata berdua, tanpa menghendaki ada orang lain disebut berkhalwat.
Berkhalwatnya lelaki dan wanita yang bukan mahram adalah hal yang diharamkan di dalam syariat Islam. Dan Rasulullah SAW telah bersabda:
Jangan sekali-kali seorang pula-laki menyendiri (khalwat) dengan wanita kecuali ada mahramnya. Dan janganlah seorang wanita bepergian kecuali bersama mahramnya. (hari Bukhari, Muslim, Ahmad, Ibnu Majah, Thabrani, Baihaqi dan lain-lain).
Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan.(Riwayat Ahmad)
IKHTILAT
Adapun Ikhtilat itu berasal dari kata akar Ikhtalataa-yakhtalitu-Ikhtilaah.. yang bermaksud bersama-sama atau bercampur baur.. yakni dalam hal hubungan sesama insan, bercampur lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan dalam satu majlis atau suasana dsbnya..
Maka yang diperbincangkan oleh ulama adalah hukum ikhtilat.. bukan hukum khalwat.. kerana khalwat itu jelas haram.. tetapi ikhtilat ini adalah khilaf di kalangan ulama.. ada yang kata mesti ada dinding yang memisahkan antara lelaki dan perempuan, ada yang kata memadai dengan sehelai kain sahaja dan ada juga yang berpendapat memadai dengan jarak sahaja.. Hukum ikhtilat adalah harus dengan tujuan yang tidak menyalahi syara’..
Wallahua’lam..

No comments:

Post a Comment